Cari Artikel

Monday, June 18, 2012

Euro 2012: 'Jangan pakat'



Setiap pasukan, dahagakan kemenangan, tetapi tidak mustahil jika perlawanan antara Sepanyol dan Croatia berakhir dengan seri. - Vicente del Bosque, pengendali Sepanyo
itali harap Sepanyol dan Croatia adil dalam perlawanan akhir kumpulan C






ITALI mengharapkan belas Sepanyol dan Croatia untuk tidak 'berpakat' mencapai keputusan sekurang-kurangnya seri 2-2 pada perlawanan terakhir kedua-dua pasukan itu dalam Kumpulan C, awal pagi esok.
Ini kerana jika kedua-dua pasukan itu seri 2-2, Itali akan tersingkir walaupun berjaya mengatasi Republik Ireland dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama.

ika tidak, Itali terpaksa mengikut jejak Sweden, Poland, Russia dan Republik Ireland, pulang awal.

Sepanyol kini mendominasi Kumpulan C apabila mengumpul empat mata dengan kelebihan jaringan, diikuti Croatia, juga empat mata.

Itali pula mengumpul dua mata manakala Republik Ireland, masih tiada mata selepas tumpas dalam kedua-dua perlawanan sebelum ini dan tersingkir awal.

“Setiap pasukan, dahagakan kemenangan, tetapi tidak mustahil jika perlawanan antara Sepanyol dan Croatia berakhir dengan seri.
“Sukar bagi saya untuk menentukan siapa yang layak menang dalam perlawanan terakhir Kumpulan C,” kata pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque.

Pada Euro 2004, keputusan seri antara Sweden dan Denmark menyebabkan Itali gagal mara ke peringkat suku akhir.

Untuk laporan lanjut kerancakan Euro 2012, dapatkan naskhah Berita Harian hari ini jugak tau dak dok baca online nie rugi la dpa nie meniaga. Tuw hampa tengok Vicente del Bosque punya muka sikit punya cenggey apa?

Seorang lemas ketika memancing di Sungai Perak



GERIK: Keseronokan empat rakan memancing berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas selepas dihanyutkan arus deras yang berlaku sebaik saja air Empangan Hidro Bersia dilepaskan ke Sungai Perak, di sini, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 12 tengah hari itu, Kamarulzaman Faizal Mohd Noor, 28, dan rakannya, Mohd Afandi Abdul Wahab, 32 sedang memancing di atas batu di tengah Sungai Perak yang pada mulanya cetek manakala dua lagi rakan mereka sedang memasak untuk makan tengah hari.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba arus deras datang lalu menghentam dan menghanyutkan mereka menyebabkan Kamarulzaman Faizal terus hilang manakala Mohd Afandi terselamat kerana tersadai pada batu besar kira-kira 500 meter dari tempat mereka memancing.

Polis mengesahkan mayat Kamarulazaman Faizal hanya ditemui seorang penduduk tersangkut pada kail pancing di dasar sungai berkenaan pada jam 5.45 petang.

Inalillah... ajal tak kira tempat sakaratulmaut mai jemput jawab dia.

Murad Khalid sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa



KUALA LUMPUR: Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa jika dikehendaki berhubung dengan pengendalian akaun sejumlah RM3 bilion yang beliau percaya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Abdul Murad dalam satu kenyataan hari ini yang diperoleh Bernama, mengesahkan bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu.
Bagi menjawab pertanyaan-pertanyaan dari akhbar baru-baru ini, Abdul Murad berkata: "Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.
"Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."

Dalam pendedahannya pada kira-kira 13 tahun lalu itu, Abdul Murad dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Pelbagai pihak terutamanya di kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan mendesak Anwar memberi penjelasan berhubung dakwaan Abdul Murad itu.

Kalau Betui Anwar ada akses untuk akaun jumlah RM3 Billion nie, aku nak pi paw dia sikit dalam RM3juta sudah setel habis problem ekonomi Melayu kat Balik Pulau nie.

Hilal Tolak Cinta Heda Kerana Gemuk?


KL, 15 JUN 2012: Sebolehnya Murai Batu malas nak ambil kisah tentang kisah cinta peserta program realiti TV.

Namun, apabila Murai Batu mendiamkan diri, ramai pula bertanyakan kebenaran sesuatu cerita yang menyentuh hati dan perasaan.



Yang penting, kisah cinta realiti ini menjadi trademark ceritera wajib untuk program Akademi Fantasia.

Yelah, AF banyak mengeluarkan pasangan bahagia seperti Rosma dan Khai serta Rich dan Velvet.

Apapun, kali ini ia berjangkit dengan program yang dikendalikan pengacara AF, Aznil Hj Nawawi iaitu On Air.

Baru-baru ini, Murai Batu mendapat tahu, peserta On Air wanita yang bernama Nurheda Mohammad Zain atau Heda dikatakan telah jatuh hati dengan ketampanan dan ketinggian peserta lelaki iaitu Hilal.

Bagaimanapun, Hilal atau Hilal Azmi yang sebelum ini aktif sebagai seorang blogger telah menolak cinta Heda.

Dengarnya, Hilal tidak menerima cinta Heda kerana peserta itu bukanlah ciri-ciri wanita yang disukainya.

Pun begitu, ada suara berbisik di telinga Murai Batu mengatakan sebab sebenar Hilal menolak mentah-mentah cinta Heda kerana wanita ini tidak cantik dan berbadan gemuk.

Wah, betul ke? Oleh kerana itu juga, setelah Hilal mengetahui rasa hati Heda, Hilal sering saja mencari helah untuk menjauhi Heda serta membenci Heda.

Sungguhpun Murai Batu tidak tahu kepastian cerita ini, mungkin Hilal terpaksa tolak cinta Heda kerana dia sudah pun mempunyai pilihan hati.

Apa sekalipun, ia terpulang kepada jodoh. Adakala persahabatan yang dimulai dengan rasa benci boleh membawa kebahagian sehingga ke anak cucu.

Yang penting, Murai Batu doakan kedua-dua peserta ini berjaya sebagai pengacara nanti walaupun kedua-duanya telah pun tersingkir.

Mau yang lawa-lawa bagi penampaq satlagi kot baru hang tau!!!

Pendekatan Emosi Dalam MIB III


TAJUK: Men In Black 3
GENRE: Komedi, AKsi, Sains Fiksyen
PENGARAH: Barry Sonnenfeld
PELAKON: Will Smith, Tommy Lee Jones, Josh Brolin, Jemaine Clement, Michael Stuhlbarg, Emma Thompson
EDARAN: Columbia Pictures
Tayangan: Mulai 24 MEI 2012

Sekali Imbas

Men In Black (MIB) kembali untuk siri ketiga selepas sedekad lalu menemui penonton. Sekali lagi, filem sains fiksyen komedi ini menggabungkan dua pelakon ternama Hollywood, Will Smith dan Tommy Lee Jones sebagai teraju utama.



Ulasan Penuh

Kali pertama MIB memasuki layar perak ialah pada tahun 1997. Penulis yang ketika itu berusia sekitar 12 tahun dengan cepat tertarik dengan elemen perjuangan makhluk asing yang ditampilkan dalam filem ini.

Masih segar di ingatan penulis mengenai makhluk asing berbentuk lipas yang menjadi musuh utama kepada Agen K dan Agen J, dan bagaimana jijiknya apabila dia mengeluarkan ratusan lipas dari mulutnya ketika itu.

Sekuel kepada MIB muncul pada tahun 2002, tidak seperti filem pertama. Filem kedua itu bagaimanapun gagal memberi impak yang hebat kepada penulis.

Malah penulis lupa-lupa ingat tentang bagaimana jalan ceritanya, mungkin penulis perlu menonton semula filem ini untuk menyeragamkan keseluruhan jalan cerita MIB.

Kini selepas 10 tahun, MIB kembali untuk filem ketiga. Jelas kelihatan di wajah pelakon utamanya, Tommy Lee Jones yang dia kini semakin dimamah usia, namun masih mampu memberikan hasil terbaik untuk lakonannya sebagai watak Agen K pada permulaan cerita.

Ya, hanya pada permulaan cerita kerana seperti mana yang ditayangkan pada trailer filem ini, MIB III berkisar tentang Agen J lakonan Will Smith kembali ke tahun 1969 untuk menyelamatkan rakan baiknya, Agen K dari dibunuh makhluk asing yang mempunyai gajet khas untuk membolehkannya merentas masa.

Pada tahun 1969, Agen J bertemu dengan Agen K yang ketika itu berusia 29 tahun. Malah untuk watak muda Agen K yang cergas, ianya telah diberikan kepada Josh Brolin.

Menariknya apa yang dapat dilihat di sini ialah bagaimana Josh Brolin menyesuaikan wataknya dengan lakonan Tommy Lee Jones sebagai Agen K. Brolin nampaknya begitu berjaya sekali menyerap lakonan aktor veteran itu kepada lakonannya sehingga kita dapat melihat persamaan yang begitu menjadi antara Agen K muda dan Agen K yang tua.

Menyentuh tentang jalan cerita MIB III, satu pembaharuan dapat dilihat di sini apabila pengarah mula mengambil pendekatan emosi kepada watak-wataknya.

Jika sebelum ini, MIB hanya dipenuhi dengan aksi dan komedi, permainan emosi mula diterapkan untuk membuatkan kita lebih mengenali watak Agen K dan kenapa dia menjadi seorang yang begitu sarkastik serta tidak mempunyai unsur humor dalam dirinya, kontra kepada Agen J.

Permainan emosi berterusan sehingga ke penghujung filem, yang mana menjadi jawapan besar kepada hubungan Agen K dan Agen J.

Tersentuh sedikit penulis dengan babak akhir filem ini, selepas banyak bergelak tawa dengan aksi komedinya.

MIB III masih membawakan elemen aksi komedi yang sememangnya tidak dapat lari jalan ceritanya.

Efek kesan khas filem ini tetap hebat terutama pada CGI yang menghidupkan watak-watak makhluk asing yang menjijikan.

Imej makhluk asing sedikit sebanyak menganggu pemikiran penulis apabila mereka digambarkan dalam bentuk udang, ketam dan ikan yang sering menjadi makanan harian kita.

Watak jahat kali ini ialah Boris lakonan Jermaine Clement, makhluk asing pembunuh yang kejam.

Boris mempunyai serangga aneh tertanam di kedua-dua tapak tangannya yang bertindak sebagai senjata pembunuh.

Dendamnya terhadap Agen K telah dijadikan plot utama premis kali ini dan penampilan khas Nicole Scherzinger sebagai kekasih kepada Boris pada permulaan cerita tidaklah terlalu penting bagi penulis.

Keseluruhan, MIB III tidaklah sebuah filem yang terlalu hebat namun masih boleh dianggap menarik untuk ditonton bagi peminat dan pengikut siri ini.

Mungkin kerana penulis telah melihat filem-filem yang lebih hebat seperti The Avengers contohnya menjadikan hype untuk filem ini berkurangan.

Sipnosis

Pada tahun 1969, Agen K berjaya menahan makhluk asing pembunuh yang kejam, Boris dan memotong tangan kirinya sehingga menyebabkan Boris berdendam dengan agen MIB itu.

Boris kemudiannya ditahan di sebuah penjara di bulan dan 43 tahun kemudiannya, dengan bantuan kekasihnya Lily. Boris berjaya melepaskan diri dan kembali ke Bumi untuk membalas dendam.

Di Bumi, Boris merancang sesuatu yang lebih kejam iaitu kembali ke tahun 1969 dan membunuh Agen K pada waktu itu kerana dia ingin menghalang K dari memotong tangan kirinya yang menyebabkan dia cacat.

Tindakan Boris berjaya dan segala yang berkaitan kewujudan Agen K pada tahun 2012 telah terpadam dan satu-satunya orang yang mempunyai memori tentang Agen K ialah Agen J.

Agen J lantas mengambil tindakan yang sama untuk mengejar Boris dengan turut kembali ke tahun 1969, adakah misi Agen J akan berjaya?

Hmmm dok tunggu AstroFirst keluaq tanyang laa baru tengok cita nie jawabnya. Nak pi wayang tadak masa bzzzzz brrrrrr.

Benarkah Adira Suntik Vitamin C Setiap Bulan?


KL, 16 JUN 2012: Jika anda perhatikan, penampilan seseorang artis itu pastinya nampak berbeza di awal kemunculan sehinggalah ke gaya terkini.



Ianya terjadi bukan saja kepada artis wanita tetapi turut mengheret artis lelaki juga.

Bercakap mengenai perubahan ini, Murai Batu lihat perubahan paling ketara berlaku kepada artis tempatan bukannya pada penampilan gaya tetapi terletak pada wajah mereka.

Sungguhpun pembedahan plastik bukanlah amalan bagi artis tempatan, namun ada banyak juga artis wanita tempatan khususnya telah mengambil langkah lain untuk nampak cantik.

Yelah, tidak seperti artis Korea Selatan yang banyak sangat membuat pembedahan plastik. Siapa dia? anda mungkin tahu jawapannya.

Alkisahnya, Murai Batu tidak hairanlah apabila mendapat tahu, naib johan Akademi Fantasia 8 (AF8), Siti Adira Suhaimi atau Adira telah membelanjakan lebih RM300 sebulan semata-mata untuk cantik.

Dengarnya, setiap bulan Adira akan mengambil suntikan vitamin C untuk mengekalkan kulitnya agar sentiasa putih dan licin.

Ohhh...patutlah kulit Adira semakin putih melepak. Berbeza sekali ketika dia menyertai AF8.

Apapun, tidak kisahlah sebagai artis atau pun tidak, kecantikan perlu dijaga bukanlah untuk menunjukkan tetapi lebih kepada ketenangan hati.

Muka dah cantik, hati mesti tenang. Betul tak?

Ala kalau betui pun dia belanjakan RM300 untuk jadi cantik apa salahnya dari dia buat yang bukan-bukan pakai susuk ka hapa lagi haru, betui tak?

Neelofa Beri Anzalna Tujuh Hari






KUALA LUMPUR, 13 JUN 2012: Pengacara dan pelakon yang sedang meningkat popular, Neelofa memberi tempoh tujuh hari kepada pelakon baru, Anzalna bagi menjelaskan serta membuktikan tuduhan yang dibuatnya itu menerusi kenyataan akhbar mingguan Ahad lalu.


Jelas Neelofa, kenyataan Anzalna yang dikeluarkan menerusi akhbar mingguan Bipop tersebut nyata memfitnah dirinya.


"Kesemua tuduhan yang dilemparkan oleh Anzalna dalam artikel itu adalah tidak benar dan agak kasar. Saya rasa kali ini saya tidak lagi boleh berdiam diri setelah banyak tohmahan yang dibuat kepada diri saya," katanya yang ditemui pada majlis sidang media tergempar meminta Anzalna memberikan tunjuk sebab atas tindakannya itu.


Dalam pada itu, kata Neelofa, dia telah melantik peguam untuk mengendalikan kes tersebut dan mereka telah pun menghantar tuntutan notis (notice on demand) kepada Anzalna untuk menjawab dalam masa tujuh hari.


Ditanya mengenai tindakan saman ataupun menyelesaikan perkara tersebut secara damai kata Neelofa, semua itu akan dipertimbangkannya selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan.


"Saman atau tidak semuanya akan terjawab selepas tujuh hari masa yang diberikan," jelasnya.


Terdahulu Anzalna telah pun mengeluarkan kenyataan menerusi akhbar BiPop pada 10 Jun 2012 bertajuk Anzalna bidas Lofa yang disifatkan Neelofa sebagai memfitnahnya.


Source: http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=12183&c=1&s=1

iskiskiskisk apasal la dok fitnah2 orang nie?? Kalau betui pun tak puas hati berdepan la sesama sendiri pastu bincang, tak payah gaduh2 sampai masuk newspaper pun, tak gitu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan