Cari Artikel

Monday, June 25, 2012

Mengapa Sekarang Pelajar2 Perempuan Dan Budak Perempuan Bawah 18 Tahun Suka Jadi Bohsia dan Pelacur Kelas Bawahan?



Assalamualaikum W.B.T, iskandarX Society makin pedas dengan tajuk kali nie aku nak buka memang boleh membuatkan banyak pihak melompat terutamanya Ibu Bapa dirumah mahupun atuk dan nenek dikampung huhuhuuuu.







Aku nak mula cerita sejarah dia pun aku tak berapa pasti nak mulakan dari mana tapi isu bohsia serta belen(pelacur kelas bawahan) ini memang menyakitkan hati aku gila-gila babas punya. Umur baru 13-16 tahun tapi bila ditanya soal seks cukup expert mengalahkan aku yang dok tanya dia, isk isk isk hebat sungguh nuh?

Ada yang buat goup sendiri disekolah, apa dorang punya slogan? Korang nak tau? Kalau ada budak baru nak nak join dorang nie dorang akan bagi tau kau kalau ada dara tak boleh bercampur dengan kitaorag. Fuuuhhh, pedih gila aku dengar ayat tuw rasa nak siku aja pala budak perempuan tu walau pun dia lafa ayat tuw bukan depan aku.

Yang lagi menarik lagi, mak bapak kerja kilang, itu tak kisah la mak bapak dia nak kerja apa tapi time mak bapak kerja nie lah anak-anak pun terut sama bekerja sambilan, jadi belen(pelacur kelas bawahan). Ada yang free of charge sebab muka hensem, ada yang sekali angkut RM 30, paling murah aku dengar RM 5 hinggit woooorrr sekali makan.

Apa nak jadi budak-budak perempuan zaman sekarang nie aku pun tak tau. Aku rasa didikan agama kowt yang kurang maybe dorang nie sebab tuw yang jadi yang bukan-bukan tabiatnya. Macam tu aku berterima kasih pada Mak dan ayah aku tertungku lumus dengan segala payah jerih dorang menghantar aku ke Sekolah Agama Rakyat bila habis saja sesi persekolahan sekolah al kafirun. Itu pun ada ura-ura pulak aku dengar yang Sekolah Agama Rakyat kerajaan nak robohkan (try tengok roboh kalau nak tengok umah hampa pulak roboh.).

Aku kesian pada mak bapak sekarang nie, susah payah cari duit siang malam, nak bagi anak-anak dorang dengan harapan anak-anak jadi soleh dan solehah tapi tak kesampaian. Pada ibu dan bapa diluar sana, pantau kan lah anak-anak tuw, bukan niat aku nak mengajar tapi memang anak-anak korang yang kuarang di ajar, kat tempat aku saja dah 10 tangkapan aku buat semua pasal belen nie punya kes lah. Sampai ada yang sanggup bawak keluar parang, pecah kan motor kawan-kawan hanya semata-mata kawan-kawan tak bagi makan belen.

Artikel ini aku tulis pun bukan nak menghina sesiapa tapi teguran pedas daripada aku, manusia yang prihatin dengan manusia sejagat dan alam sekitar, renungkan lah.

No comments:

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rujukan